Thursday, 28 February 2013

Tentang Kopi 434

Korang penah dengan tak pasal kopi 434? Aku baru denga tengok dan rasa tapi untuk orang johor, terutamannya orang muar mesti tau...

Ada sorang member office nie balik kampung pastu die beli lah kopi nie... mula-mula aku tengok jer... iyerlh kan kopi yang kite tak pernah minum selalu kalau dekat rumah itu ayah aku minum kopi cap Hang Tuah jer

Dah 2..3 hari kopi tu terletak jer dekat atas meja nie aku pon nak try lah buka jer plastik die bau kopi die....Woooowwww sedapnye! wangi jer bau kopi......






Kopi nie dah siap dalam uncang, so korang tuang jer air tapi dekat belakang paket nie tulis ingredients die dah ada gula tapi aku rasa tawar jer... jadi aku masukkan gula sikit... Rasa kopi nie memang terbaik ok..... 



Sekarang nie tiap-tiap pagi aku minum kopi nie, air lain aku dah tak nampak dah mungkin kalau letak susu pekat pon mungkin sedap... nanti nak try lah..




Jadi pada sesiapa nak try kopi nie kalau ke muar bolehlah beli tak pon kirim dekat kawan yang duduk johor :) ok selamat mencuba dan selamat merasa...

Monday, 14 January 2013

Kebaikan Minum Kopi Pada Waktu Pagi



Pernahkah anda terfikir tentang kebaikan minum kopi pada waktu pagi? Seringkali kita hanya mendengar tentang keburukan dan bahaya meminum kopi kerana kandungan kafeinnya yang tidak sesuai untuk kesihatan. Di sini, saya ingin berkongsi tentang beberapa kebaikan minum kopi pada waktu pagi.

Salah satu daripada kebaikan minum kopi ialah ianya dapat melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya di kalangan wanita. Menurut satu kajian yang telah dilakukan oleh sejumlah pakar perubatan di AS, lelaki dan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari didapati berjaya mengurangkan risiko mendapat kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 9 dan 20 peratus masing-masing.

"Ekoran hampir sejuta kes baru BCC dicatatkan di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.


Selain daripada itu, kebaikan minum kopi juga dipercayai dapat membantu lelaki muda untuk mencapai ereksi yang mencabar. Ini disebabkan oleh kewujudan kandungan bahan antioksiden, kafein dan stimulant urat saraf viagra dalam campuran kopi.

Untuk kebaikan minum kopi yang ketiga, ianya juga dipercayai dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit kanser payudara, prostat, kolon dan uterus.

Monday, 31 December 2012



Assalamualaikum w.b.t. dan selamat datang ke coffee garden park

Disini saya amat sukacita  kerana anda sudah melawat & masuk ke blog kami.kami sebagai pembekal baru dalam mempromosikan kopi yang baru kami buat ini,mengharapkan jika anda yang tertarik untuk membeli produk kopi kami ini.kami di sini menjual enam jenis kopi.sekarang,kami sedang membuat promosi dengan membeli tiga produk kopi,anda akan mendapat diskaun 20%.oleh itu,kepada sesiapa yang berminat, anda boleh terus menghubungi kami di atas talian untuk mendapat sebarang maklumat tentang produk kam ini.jika anda sudah berminat,,anda yang hendak membuat tempahan,sila lah mengisi borang terlebih dahulu yang ada di blog kami ini & fanpage facebook kami.sekian,terima kasih.