Thursday, 7 March 2013

Pemprosesan Kopi (Buah mentah Kopi - Biji Kopi)



Kehalusan biji kopi yang dikisar memberi kesan utama bagi perisai, dengan pengisaran lebih halus memberikan perisai kopi lebih kuat dan berperisa. Sebab utama penggunaan serbuk kasar adalah untuk menghalang keladak daripada melepasi jenis penapis kasar (seperti cafetière), atau memudahkan keladak mendap dengan lebih pantas apabila ketiadaan penapis. Kadar pereputan meningkat apabila biji kopi dijadikan serbuk, disebabkan ia memiliki lebih banyak permukaan terdedah. Sehingga baru-baru ini, ianya hampir mustahil untuk mendapatkan biji kopi sempurna di kedai di Amerika Syarikat, yang hanya menjual serbuk kopi. Dengan peningkatan kopi sebagai minuman mewah (gourment), ia menjadi semakin popular untuk mengisar sendiri biji kopi di rumah sebelum dibancuh, dan terdapat banyak perkakasan rumah dijual yang khusus untuk proses itu.
Terdapat dua kaedah untuk menghasilkan serbuk kopi sedia untuk dibancuh.
  • Kisar: pengisar putar (burr) menggunakan asas dua unsur berputar menghancurkan atau "mengoyak" biji kopi dengan kurang risiko hangus. Pengisar putar mungkin dari jenis roda atau kon (conical) yang lebih senyap dan kurang berisiko tersumbat. Bagaimanapun, mata pengisar dalam mesin ini cepat haus, menyebabkan ia kurang popular bagi penggunaan di rumah.
    • Pengisar Burr Kon (Conical Burr Grinders)mengekalkan aroma dan mampu mengisar halus dan rata. Reka bentuk halus pada burr besi membenarkan pengurangan gear tinggi untuk memperlahankan kelajuan pengisaran. Kelajuan perlahan menghasilkan kurang haba yang dialir kepada serbuk kopi dengan itu mengekalkan aroma secara maksima. Disebabkan terdapat banyak set (setting) pengisar, pengisar ini sesuai bagi semua jenis perkakasan kopi, Espresso, Drip, Percolators, French Press. Pengisar Burr Kon yang lebih baik juga mampu mengisar lebih halus bagi penyediaan kopi Turki. Kelajuan pengisaran biasanya lebih rendah dari 500 putaran seminit.
    • Pengisar Burr jenis cakera mengisar lebih pantas berbanding pengisar burr kon dan tetapi menghasilkan lebih banyak haba pada biji kopi (10,000 hingga 20,000 rpm). Ia merupakan cara paling ekonomi mendapatkan pengisaran sekata bagi perkakasan secara meluas. Ia sesuai bagi kebanyakan mesin pam espresso di rumah. Bagaimanapun, ia tidak mengisar sehalus Pengisar Burr Kon (Conical Burr Grinders).
  • Cincang: Kebanyakan 'grinders' sebenarnya mencincang biji kopi kepada serpihan (dan sesetengah peminum kopi hanya menggunakan pengisar biasa bagi melakukannya). Walaupun memberikan hasil yang sama dengan penhancuran sempurna dan tahan lebih lama sebelum mata bilah lusuh, mereka yang sukakan kesempurnaan mencadangkan bahawa ia menghasilkan perisa yang kurang sedap berbanding hasil kisaran yang sama rata.
    • Pengisar bilah “menghancurkan” biji kopi dengan mata bilah pada kelajuan tinggi (20,000 hingga 30,000 rpm). Kopi yang dikisar mempunyai partikel besar dan kecil dan lebih panas berbanding kopi kisar dari pengisar burr. Bilah pengisar menghasilkan “debu kopi” menyumbat penapis mesin espresso dan penekan Perancis. Jenis pengisar ini sesuai bagi penhasil kopi titisan (drip coffee makers). Ia juga sesuai bagi mengisar rempah dan herba. Ia tidak digalakkan untuk penggunaan dengan mesin pam espresso.
  • Tumbuk: Kopi Turki dihasilkan dengan rendaman di mana kopi ditumbuk sehingga menjadi debu menggunakan lesung dan alu. Ia menghasilkan serbuk yang terlalu halus berbanding kaedah penyediaan lain.

Khasiat Kopi




1-Kandungan kafein dalam kopi

Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.


selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.


2-Kopi bergula meningkatkan prestasi otak

Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.

3-Kandungan Antioksida dalam kopi

Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.

Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.


Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. “Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif. Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar. “Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.

Thursday, 28 February 2013

Tentang Kopi 434

Korang penah dengan tak pasal kopi 434? Aku baru denga tengok dan rasa tapi untuk orang johor, terutamannya orang muar mesti tau...

Ada sorang member office nie balik kampung pastu die beli lah kopi nie... mula-mula aku tengok jer... iyerlh kan kopi yang kite tak pernah minum selalu kalau dekat rumah itu ayah aku minum kopi cap Hang Tuah jer

Dah 2..3 hari kopi tu terletak jer dekat atas meja nie aku pon nak try lah buka jer plastik die bau kopi die....Woooowwww sedapnye! wangi jer bau kopi......






Kopi nie dah siap dalam uncang, so korang tuang jer air tapi dekat belakang paket nie tulis ingredients die dah ada gula tapi aku rasa tawar jer... jadi aku masukkan gula sikit... Rasa kopi nie memang terbaik ok..... 



Sekarang nie tiap-tiap pagi aku minum kopi nie, air lain aku dah tak nampak dah mungkin kalau letak susu pekat pon mungkin sedap... nanti nak try lah..




Jadi pada sesiapa nak try kopi nie kalau ke muar bolehlah beli tak pon kirim dekat kawan yang duduk johor :) ok selamat mencuba dan selamat merasa...