Monday 14 January 2013

Kebaikan Minum Kopi Pada Waktu Pagi



Pernahkah anda terfikir tentang kebaikan minum kopi pada waktu pagi? Seringkali kita hanya mendengar tentang keburukan dan bahaya meminum kopi kerana kandungan kafeinnya yang tidak sesuai untuk kesihatan. Di sini, saya ingin berkongsi tentang beberapa kebaikan minum kopi pada waktu pagi.

Salah satu daripada kebaikan minum kopi ialah ianya dapat melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya di kalangan wanita. Menurut satu kajian yang telah dilakukan oleh sejumlah pakar perubatan di AS, lelaki dan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari didapati berjaya mengurangkan risiko mendapat kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 9 dan 20 peratus masing-masing.

"Ekoran hampir sejuta kes baru BCC dicatatkan di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.


Selain daripada itu, kebaikan minum kopi juga dipercayai dapat membantu lelaki muda untuk mencapai ereksi yang mencabar. Ini disebabkan oleh kewujudan kandungan bahan antioksiden, kafein dan stimulant urat saraf viagra dalam campuran kopi.

Untuk kebaikan minum kopi yang ketiga, ianya juga dipercayai dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit kanser payudara, prostat, kolon dan uterus.